Wednesday, July 29, 2009

::Tidur Banyak! Mati Cepat!::






Terlalu banyak tidur atau tidur lebih dari lapan jam sehari tak hanya akan membuat korang dicap sebagai pemalas tapi juga membuat korang cepat mati. Just nk share info stelah lama xada source yg tbaek nk update blog..Wah....! Penelitian yang di lakukan oleh Institusi American Cancer Society ini melibatkan 1000 orang sukarelawan dari beberapa negara bahagian di Amerika, dan berhasil mengungkapkan bahawa orang yang tidur lapan jam sehari ternyata berisiko 12% meninggal lebih cepat. Risiko ini meningkat menjadi 17% pada orang-orang yang tidur sembilan jam sehari. Risiko kematian yang paling besar terjadi pada seseorang yang tidurnya mencapai sepuluh jam sehari, iaitu mencapai 34%.hahah..tdooo..ak ske tdooo..mati ak..

Mengapa tidur lebih dari lapan jam sehari tidak digalakkan? Profesor Daniel F. Kripke, salah seorang peneliti mengatakan bahawa terlalu banyak tidur sama seperti terlalu banyak makan. Tubuh tidak memerlukan lebih dari yang ia perlukan, terlalu banyak tidur hanya akan membuat organ tubuh melemah. "Sebaiknya setiap orang mempunyai kebiasaan tidur 5,6 jam sehari, tapi harus tidur yang berkualiti. "Tak ada alasan untuk menambah jam tidur, tubuh akan memberitahu kita berapa banyak jam yang ia perlukan untuk beristirehat, " ujar Prof... Daniel.

Jadi, merujuk pada penelitian di atas maka dapat diambil kesimpulan bahawa tidur tujuh jam sehari adalah yang terbaik. Penelitian tersebut menunjukkan bahawa tubuh paling merasa nyaman jika hanya tidur selama tujuh jam. Tak ada masalah juga jika tidur kurang dari tujuh jam sehari. Misalnya, enam atau lima jam sehari. "Tapi ingat, tidak baik bagi kesihatan apabila korang terus menerus tidur kurang dari lima jam sehari dalam waktu yang cukup lama," ujar Prof. Daniel mengingatkan.

So kalau selama ini korang tidur lebih dari yang diperlukan oleh tubuh, maka mulai sekarang hilangkan kebiasaan tersebut. Tidurlah dengan lebih berkualiti dan yakinlah bahawa tidur selama tujuh jam sehari sudah mencukupi dan membawa impak yang positif bagi kesihatan korang. Sekian informasi dr ak yg ske gak tdo..da..

No comments: