Tuesday, September 25, 2012

Sudah 32 minggu..

FitFlop Sandals - Electra Navy

Aku memang selalu perasan orang pakai sandal ni. Tapi tak tau brand apa. Sampai kan aku tunggu orang tu angkat tumit masa berjalan nak tengok brand apa. Tapi yang aku nampak cuma Flop. Dah lama-lama tu terus aku lupakan. 

Tiba-tiba semalam keluar kat wall facebook. Laju je pm tanya price. Mak datuk. Beratus rupanya sandal ni. Mengalahkan crocs. 

Tak tau apa yang special.Tapi aku memang dah jatuh hati pada FitFlop Sandals Electra Navy ni . Hmpphh.. *jari mengira-ngira nak ke tak nak..nak ke tak nak..*


p/s website nya http://fitflopmalaysiaoutlet.mekadragon.com

Thursday, September 20, 2012

Book Teksi Guna Telefon

Apa yang aku merapukan? Ye. Sekarang sudah ada servis teksi di hujung jari. So, korang dah tak payah susah-susah nak tahan teksi di tengah panas terik yang semakin melampau sekarang. Ini cuma info yang nak aku share kan dengan korang yang suka atau selesa pakai teksi untuk ke mana-mana. *ni xde sape baya aku jadi jurucakap untuk servis ni* Sharing is caring. Ok, mari kita mulakan pengembaraan teksi di hujung jari :



1. Korang boleh download apps MYTEKSI ini dari Google Play atau App Store (yang pakai iPhone) 


2. Bila dah siap upload, macam biasalah, sign up details untuk first time user. Kalau tak, mana nak tau korang ni sape yang nak gunakan teksi tuh. So, sign up lah segala details korang.


3. Kemudian, apps tersebut akan meminta anda untuk membuka 'Location' untuk detect di mana kedudukan  korang. Jangan la tak allow plak. Sampai ke sudah la ko takkan dapat teksi.






4. Pastu, pilih la tempat yang mana teksi tu nak ambik dan drop awak.  Pick me where, drop me where ye konsep dia. Macam guna Google map dalam phone.Drag sana, tarik sini. Macam tak biasa! heh.


5. Any remarks untuk abang/pakcik teksi pun boleh korang merapukan dalam notes to driver. Tips untuk korang bersodoqah untuk abang/pakcik teksi pun ada. Pilih je.



  6. Lepastu, click 'Confirm' dan dalam masa 3 minit sahaja korang akan dapat confirmation booking dari myteksi. 3 minit je berbanding kena tunggu tahan teksi dekat bus stop. see!


7. And the best part is, boleh bagi roughly atau secara kasar tambang dan jugak berapa lama masa dia ambil untuk sampai ke destinasi korang hokey. Osem sungguh tahan teksi zaman sekarang!

8. Apa?? takde smartphone?? Korang boleh sms TEKSI # #Remarks hantar ke 36881.


p/s Mudah, cepat dan senang macam download game bukan? untuk keterangan yang lebih detail, korang boleh ke  www.myteksi.com . Semoga panduan ini membantu :)

Demam Adam & Hawa


Ada ke yang layan cerita ni? Entah macam mana aku terlayan cite ni sampai boleh habis 6 episod satu hari. Aku sendiri pun dah lupa macam mana ak terjatuh cinta dengan cerita ini. Mungkin aku minat dengan Nadiya Nisaa kot sejak tengok dia dalam filem Cun *Aaron Aziz ko tak minat ke* Maka setiap hari, mesti aku update kan diri aku dengan episod yang latest di website yang baik hati upload cite ni selepas tamat siarannya di Astro Mustika HD. *mood sedih rumah takde Mustika HD..sobs..* 



SINOPSIS DRAMA ADAM DAN HAWA (adaptasi dari novel Adam & Hawa karya Aisya Sofea) 

Drama adam dan hawa ini mengisahkan tentang Ain Hawani (Nadiya Nisaa), seorang remaja lepasan SPM yang bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi telah ditangkap basah bersama Adam (Aaron Aziz), seorang jejaka kacak yang terkenal dengan sikap ‘playboy’nya.

Semuanya bermula apabila Ain (Hawa) bekerja secara sambilan kerana menggantikan seorang guru bersalin di sebuah tadika milik kakak kepada Adam Mukhriz. Pertemuan yang pada awalnya membimbitkan perasaan suka Ain terhadap Adam telah bertukar kepada benci ekoran tragedi berkenaan.

Impian Ain Hawani untuk bergelar graduan berjaya seakan berkecai apabila dia telah dipaksa untuk berkahwin dengan Adam bagi membersihkan nama baik keluarga.

Memilukan hati Ain adalah dengan sikap Adam yang mendiamkan diri seolah-olah tuduhan khalwat itu benar-benar berlaku, sedangkan mereka rupanya telah difitnah oleh bekas teman wanita Adam yang cemburukan hubungan mereka sebagai kawan.

Sambungan sinopsis drama Adam dan Hawa (Astro) Apabila sudah bergelar suami isteri, Ain tak dapat menerima Adam yang bekerja sebagai juruterbang ini sebagai suami. Ditakdirkan, Ain berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negeri dan mereka berpisah sehingga 8 tahun lamanya.

Selepas tempoh yang lama, di depan pintu Masjidil Haram di Kota Mekah, mereka bertemu semula. Adam masih menganggap Ain (Hawa) sebagai seorang isteri yang sah, bagaimanapun Ain masih kekal dengan pendiriannya.

Apa yang akan terjadi seterusnya?

Barisan para pelakon drama Adam & Hawa ialah Aaron Aziz, Nadiya Nisaa, Anzalna Nasir, Elfaeza Ul Haq, Dazrin Kamarudin,Norman Hakim, Amyza Adna, Aznah Hamid dan Rozie Rashid.



Saksikan setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam secara eksklusif di Astro saluran 134 (Mustika HD). 

P/S Kalau takde Mustika HD cam aku, korang boleh la google mana-mana website yang menjadi penyiar tak rasmi bagi drama yang best ni.