Thursday, September 20, 2012

Demam Adam & Hawa


Ada ke yang layan cerita ni? Entah macam mana aku terlayan cite ni sampai boleh habis 6 episod satu hari. Aku sendiri pun dah lupa macam mana ak terjatuh cinta dengan cerita ini. Mungkin aku minat dengan Nadiya Nisaa kot sejak tengok dia dalam filem Cun *Aaron Aziz ko tak minat ke* Maka setiap hari, mesti aku update kan diri aku dengan episod yang latest di website yang baik hati upload cite ni selepas tamat siarannya di Astro Mustika HD. *mood sedih rumah takde Mustika HD..sobs..* 



SINOPSIS DRAMA ADAM DAN HAWA (adaptasi dari novel Adam & Hawa karya Aisya Sofea) 

Drama adam dan hawa ini mengisahkan tentang Ain Hawani (Nadiya Nisaa), seorang remaja lepasan SPM yang bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi telah ditangkap basah bersama Adam (Aaron Aziz), seorang jejaka kacak yang terkenal dengan sikap ‘playboy’nya.

Semuanya bermula apabila Ain (Hawa) bekerja secara sambilan kerana menggantikan seorang guru bersalin di sebuah tadika milik kakak kepada Adam Mukhriz. Pertemuan yang pada awalnya membimbitkan perasaan suka Ain terhadap Adam telah bertukar kepada benci ekoran tragedi berkenaan.

Impian Ain Hawani untuk bergelar graduan berjaya seakan berkecai apabila dia telah dipaksa untuk berkahwin dengan Adam bagi membersihkan nama baik keluarga.

Memilukan hati Ain adalah dengan sikap Adam yang mendiamkan diri seolah-olah tuduhan khalwat itu benar-benar berlaku, sedangkan mereka rupanya telah difitnah oleh bekas teman wanita Adam yang cemburukan hubungan mereka sebagai kawan.

Sambungan sinopsis drama Adam dan Hawa (Astro) Apabila sudah bergelar suami isteri, Ain tak dapat menerima Adam yang bekerja sebagai juruterbang ini sebagai suami. Ditakdirkan, Ain berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negeri dan mereka berpisah sehingga 8 tahun lamanya.

Selepas tempoh yang lama, di depan pintu Masjidil Haram di Kota Mekah, mereka bertemu semula. Adam masih menganggap Ain (Hawa) sebagai seorang isteri yang sah, bagaimanapun Ain masih kekal dengan pendiriannya.

Apa yang akan terjadi seterusnya?

Barisan para pelakon drama Adam & Hawa ialah Aaron Aziz, Nadiya Nisaa, Anzalna Nasir, Elfaeza Ul Haq, Dazrin Kamarudin,Norman Hakim, Amyza Adna, Aznah Hamid dan Rozie Rashid.



Saksikan setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam secara eksklusif di Astro saluran 134 (Mustika HD). 

P/S Kalau takde Mustika HD cam aku, korang boleh la google mana-mana website yang menjadi penyiar tak rasmi bagi drama yang best ni.

No comments: