Thursday, February 7, 2013

Wan Dah Bertunang..


Suka gambar ni.Wan nampak macho dan tunang nya, Fatin nampak sweet.Aku cuma tahu nama tunang Wan lepas baca blog kakak ipar aku.Masa tunang pun aku tak tahu sebab sibuk dengan si bambam yang tengah mengamuk kepanasan.Wan ni adalah sepupu ipar.Betoi ke?Tak pe la.Janji paham kan.

Apa-apa pun,ucapan tahniah untuk Wan & Fatin.

Ok.Jom cekidaut gambar.Dan sebelum tu,ampun kepada FB Fatin,Wan dan anyah sebab cilok gamba.


Upacara menyarung cincin.Sweet sungguh colour pelamin nya.Rugi tak masuk tengok :(








Sweet Fatin with cute Dania (adik bongsu Wan)





















 Keluarga sebelah pihak lelaki.


Hantaran lelaki dan perempuan.


Gubahan yang aku buat dalam keadaan kelam kabut sebab bambam meragam.Urghhh.Senget benget.Ada yang sampai aku bukak balik sebab tak puas hati.Tapi Cheese Tart tu mak mentua aku yang bagi.Aku cuma  buat bekas je.


Haa.Yang ni aku punge.Bagi telekung je.Yang bentukkan telekung tu,kawan mak mentua aku.Pun senget benget jugak buat bekasnya.Dan rupanya sudah lari tema warna kata kakak ipar aku. Patutnya merah putih.Aku pi taram merah hitam.Takpe lah.Janji main colour nya,merah tetap ada.


Encik suami cakap beseri sungguh muka Wan.Haah la!


Dari PJ kami datang meredah Tanjung Karang.


So cute la this pic.Mak dia pun takde gamba camni okeh.


Masa ni bambam melalak nak tido plus hot and sunny.At last,duduk depan kipas kilang,baring dekat badan anyah,terus berlepas ke angkasa lepas.


Bambam pun nak menyelit gak.Ni bambam masa nak pergi.Tak berapa meragam sangat sebab time ni waktu dia tido.Dalam kete lagi,air-cond lagi.Sedap la.


Ni plak balik.Heh!takde beza pun gamba pegi ngan balik.Tetap dalam car-seat.Tapi masa balik dia menangis semahu-mahunya mungkin sebab panas dan dah berpeluh.Kena la mak ko ni pujuk pelan-pelan.Anak oh anak.

Apa-apa pun, tahniah buat Wan dan tunangnya,Fatin yang sweet.Semoga ke jinjang pelamin.Amin.

Minggu seterusnya,sepupu ipar yang lain pulak bertunang. Ipoh mali ooooooo.


Tuesday, February 5, 2013

CNY 2013 Dinner @ Fuzion,Sunway Hotel Resort & Spa



Setiap tahun, perkara wajib sebelum depa-depa ni menyambut tahun baru cina adalah dinner. Company aku majoriti pekerjanya adalah cina.

Last year adalah kali pertama aku join dinner. Bertempat di tempat yang sama, iaitu di Sunway Hotel Resort & Spa tapi restaurant yang lain. So ini kali kedua lah.



Ketibaan yang di pertua..



Mencemar duli..



Aku tanya dia ni apa? Ini ong punya!! Erkk..jawapan dia tak berapa sampai kat aku..



Spot Fuzion






Suram-suram memang konsep dia kot.



Meja makan pun suram jugak. Ni baru sampai. Duk tengok sekeliling apa yang nak di angkut.


Ada cermin kat atas pale. Keje skodeng meja sebelah.Hampeh tol.






Sibuk menyelit.



Bahagian salad-malad.



Oo.Taun ni tak ada Yee Sang. Last year ada.



Pusingan pertama. Tetiba nak makan bread pudding. Creamy oowwhh..



Pusingan kedua.



Pusingan ketiga. Itik tu oily pulak. Potong aku nak menambah. Tapi dim sum tu sedap.



Hasil angkutan.



Hoho..



Azim tak habis makan piza.Tak sedap lettew.



Kena bahan sebab baru beli. Bonus la kata kan.


Dah kenyang, maka start gossip dan bahan-membahan.







Tuan tanah nak menyelit sikit.




Mamat yang kena bahan tengah test power Note II.Ko ade?



Test power lagi. Dah tak layan Nokia.



Berangkat pulang melalui ke Sunway Pyramid.


Ulasan aku : Ok.Not bad lah. Cuma aku tak dapat nak merasa banyak makanan di sebabkan itik iteww.Memang potong sungguh la aku nak menyambung angkut untuk pusingan seterusnya.Terus jadi tak sedap.Banyak choice tapi macam pening sikit sebab bersepah-sepah. Asik tanya itu kat mana ini kat mana. Banyak cermin pun boleh jadi confuse.Hahahah.Boleh?Tapi aku enjoy gelak membahan Encik Awe bersama rakan-rakan yang lain.


Friday, February 1, 2013

Detik Cemas & Mendebarkan

Macam iklan KFC nak keluar menu baru la pulak tajuk macam tu..

Memang cemas dan sangat mendebarkan sangat bila anak aku ter'locked' dalam kereta dengan kunci-kunci kereta sekali.

Apa rasa? Rasa nak pecah cermin kete je la masa tu.Tak pikir apa dah selain nak selamatkan anak.Dah macam rumah terbakar.Padahal si bambam rilek je dalam tu.

Perkara ini berlaku kemarin.Untuk peringatan diri sendiri dan yang lain.Macam mana cerita nya?Ok.Mari kita mula.

Biasa lah duduk rumah flat.Balik lambat, confirm double park.Bila dah double park,confirmlah kene lepas handbreak.Oh!kereta yang aku pakai adalah Myvi.Yang pakai Myvi mesti paham.

Setiap pagi,rutin aku adalah menghantar anak ke rumah ibu mertuaku sebelum ke ofis.Kebetulan encik suami turun sekali hari tu.Encik suami angkat bag,aku angkat anak.Sampai ke kereta,aku letak anak aku dulu dekat car seat baby.Lepas tu,campak kunci ke driver seat.Pap tutup pintu.Trus locked! *panic button on* Laju-laju cari encik suami,lambai tangan dengan keadaan yg maha resah gelisah sambil tangan lagi satu cuba bukak pintu walaupun takkan terbuka.Encik suami sampai,of course la kena marah.Sebab masing-masing nak pegi kerja.

Pastu jadi kecoh kejap dan orang yang ada di sekeliling datang nak tolong.Pakai pembaris la hape la.Tp tetap tak boleh.Encik suami pulak cuba call adik untuk tolong tekan spare key dari rumah ibu mertuaku untuk transmit ke kereta aku.Tapi tetap tak terbukak sebab Myvi ada imobilizer.Masa tu yang aku tau cuma nak pecahkan tingkap.Kesian sangat kat bambam. :(

Lebih kurang 5 ke 10 minit macam tu,bambam nangis.Lagi la aku meroyan.At last,cermin belakang yang kecik macam tiga segi di pecahkan.Bukak pintu laju-laju sebab bambam dah nangis.Mungkin sebab dah rimas dan panas.Terus angkat,peluk bambam sambil dalam hati sumpah tak mau buat lagi.Sobs.

Lepas tu,terus terfikir nk buang auto-lock tu.Tapi encik suami cakap ada kebaikannya.

Lepas tu,terus hantar anak dulu ke rumah ibu mertua sebelum cari ganti cermin.Ibu mertuaku dah gayat dengar cucu dia terkunci.Aku apatah lagi.Hmm..

Harap di masa akan datang aku lebih berhati-hati.Untuk peringatan diri sendiri supaya tak cuai lagi.

Sayang bambam.. :)