Friday, February 1, 2013

Detik Cemas & Mendebarkan

Macam iklan KFC nak keluar menu baru la pulak tajuk macam tu..

Memang cemas dan sangat mendebarkan sangat bila anak aku ter'locked' dalam kereta dengan kunci-kunci kereta sekali.

Apa rasa? Rasa nak pecah cermin kete je la masa tu.Tak pikir apa dah selain nak selamatkan anak.Dah macam rumah terbakar.Padahal si bambam rilek je dalam tu.

Perkara ini berlaku kemarin.Untuk peringatan diri sendiri dan yang lain.Macam mana cerita nya?Ok.Mari kita mula.

Biasa lah duduk rumah flat.Balik lambat, confirm double park.Bila dah double park,confirmlah kene lepas handbreak.Oh!kereta yang aku pakai adalah Myvi.Yang pakai Myvi mesti paham.

Setiap pagi,rutin aku adalah menghantar anak ke rumah ibu mertuaku sebelum ke ofis.Kebetulan encik suami turun sekali hari tu.Encik suami angkat bag,aku angkat anak.Sampai ke kereta,aku letak anak aku dulu dekat car seat baby.Lepas tu,campak kunci ke driver seat.Pap tutup pintu.Trus locked! *panic button on* Laju-laju cari encik suami,lambai tangan dengan keadaan yg maha resah gelisah sambil tangan lagi satu cuba bukak pintu walaupun takkan terbuka.Encik suami sampai,of course la kena marah.Sebab masing-masing nak pegi kerja.

Pastu jadi kecoh kejap dan orang yang ada di sekeliling datang nak tolong.Pakai pembaris la hape la.Tp tetap tak boleh.Encik suami pulak cuba call adik untuk tolong tekan spare key dari rumah ibu mertuaku untuk transmit ke kereta aku.Tapi tetap tak terbukak sebab Myvi ada imobilizer.Masa tu yang aku tau cuma nak pecahkan tingkap.Kesian sangat kat bambam. :(

Lebih kurang 5 ke 10 minit macam tu,bambam nangis.Lagi la aku meroyan.At last,cermin belakang yang kecik macam tiga segi di pecahkan.Bukak pintu laju-laju sebab bambam dah nangis.Mungkin sebab dah rimas dan panas.Terus angkat,peluk bambam sambil dalam hati sumpah tak mau buat lagi.Sobs.

Lepas tu,terus terfikir nk buang auto-lock tu.Tapi encik suami cakap ada kebaikannya.

Lepas tu,terus hantar anak dulu ke rumah ibu mertua sebelum cari ganti cermin.Ibu mertuaku dah gayat dengar cucu dia terkunci.Aku apatah lagi.Hmm..

Harap di masa akan datang aku lebih berhati-hati.Untuk peringatan diri sendiri supaya tak cuai lagi.

Sayang bambam.. :)


3 comments:

MyeAqma said...

ya Allah takutnya!!! suspen ok! makcik, pasni hati2 ye..
eyh, ko dah naik keje? rasa mcm tgh pantang lagi. hahahah!

applemintlady said...

Haah mai..mmg pasni beringat..
Dh hbs cuti 22 hari tu..
Mmg rs cpt masa berlalu..

daela said...

Nakai muka budak kechik iteww.....