Thursday, February 7, 2013

Wan Dah Bertunang..


Suka gambar ni.Wan nampak macho dan tunang nya, Fatin nampak sweet.Aku cuma tahu nama tunang Wan lepas baca blog kakak ipar aku.Masa tunang pun aku tak tahu sebab sibuk dengan si bambam yang tengah mengamuk kepanasan.Wan ni adalah sepupu ipar.Betoi ke?Tak pe la.Janji paham kan.

Apa-apa pun,ucapan tahniah untuk Wan & Fatin.

Ok.Jom cekidaut gambar.Dan sebelum tu,ampun kepada FB Fatin,Wan dan anyah sebab cilok gamba.


Upacara menyarung cincin.Sweet sungguh colour pelamin nya.Rugi tak masuk tengok :(








Sweet Fatin with cute Dania (adik bongsu Wan)





















 Keluarga sebelah pihak lelaki.


Hantaran lelaki dan perempuan.


Gubahan yang aku buat dalam keadaan kelam kabut sebab bambam meragam.Urghhh.Senget benget.Ada yang sampai aku bukak balik sebab tak puas hati.Tapi Cheese Tart tu mak mentua aku yang bagi.Aku cuma  buat bekas je.


Haa.Yang ni aku punge.Bagi telekung je.Yang bentukkan telekung tu,kawan mak mentua aku.Pun senget benget jugak buat bekasnya.Dan rupanya sudah lari tema warna kata kakak ipar aku. Patutnya merah putih.Aku pi taram merah hitam.Takpe lah.Janji main colour nya,merah tetap ada.


Encik suami cakap beseri sungguh muka Wan.Haah la!


Dari PJ kami datang meredah Tanjung Karang.


So cute la this pic.Mak dia pun takde gamba camni okeh.


Masa ni bambam melalak nak tido plus hot and sunny.At last,duduk depan kipas kilang,baring dekat badan anyah,terus berlepas ke angkasa lepas.


Bambam pun nak menyelit gak.Ni bambam masa nak pergi.Tak berapa meragam sangat sebab time ni waktu dia tido.Dalam kete lagi,air-cond lagi.Sedap la.


Ni plak balik.Heh!takde beza pun gamba pegi ngan balik.Tetap dalam car-seat.Tapi masa balik dia menangis semahu-mahunya mungkin sebab panas dan dah berpeluh.Kena la mak ko ni pujuk pelan-pelan.Anak oh anak.

Apa-apa pun, tahniah buat Wan dan tunangnya,Fatin yang sweet.Semoga ke jinjang pelamin.Amin.

Minggu seterusnya,sepupu ipar yang lain pulak bertunang. Ipoh mali ooooooo.


No comments: