Thursday, March 28, 2013

Engagement - Farid & Farah

Assalamualaikum pada yang sudi membaca.

Macam yang pernah aku janji dekat entry sebelum ni (kesah ke kan?? hua..hua..hua), majlis pertunangan kat Perak pulak. Taun ni memang taun kenduri belah keluarga ipar aku.

Kenduri bertunang ni dah basi. Tapi biasa la, update blog ikut soka hati. Dah nak kawen baru terhegeh-hegeh nak update blog. Masa tunang ni tak silap bulan lepas. Bantai lah. Orang nak tengok gamba je kan. Bukan nak tau bila. Mana tau boleh buat idea untuk tunang atau kawen. Soka hati.


so homey-homey ada bear-bear kat situ

Farid adalah sepupu laki aku ngan kakak ipar aku. Dan dia ni jugak satu sekolah menengah ngan aku. Kecik betul dunia. Tak sangka jodoh saya dengan sepupu awok ye Encik Farid.

InsyAllah majlis kahwin akan di adakan pada bulan 5 (if not mistaken). Aku tak berapa nak ambik tahu tarikh-tarikh kawen sedara mara sejak beranak kecik. Asal ada kenduri je, jom saje. Bukan aku yang drive ye dak.

Tapi, gambar depa memang meletop kan. Comey-comey belaka. Tapi Farid sangat malu-malu kalau tangkap gambar. Plus kena usik lagi. Biasa la. Kawen sok lagi teruk kena bahan

Album tunang depa ni juga sempat aku selak masa depa datang kenduri adik ipar aku bulan lepas. InsyaAllah, akan di blogkan majlis kawin adik ipar aku yang tah berapa kurun akan datang nak update.Hua..hua..hua..


Kiri : mak Farid (kakak mak mentua ku), Farid, Farah & mak Farah.

Ok. itu saje. Gambar tak banyak. Takde masa nak mengorek kamera, transfer ke pc bagai. Apa yang ada je. Sape je nak baca blog aku kennn. 


p/s : Hampun ye Farid & Farah sebab cilok gambar. 2 keping je. :)

No comments: