Friday, March 29, 2013

Krim untuk Hilangkan Ruam Susu atau Kurap Susu

Assalamualaikum, salam jumaat, salam sejahtera semua.

Ok. Hari ni aku nak share satu krim untuk hilangkan kurap susu atau ruam susu yang ,berkesan, mujarab, terbaik, sume-sume lah. Dalam masa satu hari je, hilang dah kurap susu kat pipi bambams yang gebu lagi montel itu. Tapi sebelum aku dapat krim sapu yang mujarab ini of course la ada try and error. 

:(

Yang pertamanya aku try krim yang ni. Masa pakai krim ni waktu aku masih berpantang. Masa tu aku pegi Hospital Pusrawi kat Kota Damansara sebab Rayyan selsema. Tak dapat pun ubat selsema. Doktor suruh aku breastfeed untuk hilangkan selsema itu. Al maklumlah, first baby. Maka ilmu itu cetek. Sekarang aku kumpul sikit-sikit dan share bersama-sama.

Ok, pastu aku mintak ubat sapu untuk pipi dia. Hari-hari aku sapu. Tak jugak hilang-hilang. Naik fed up mak incek. Aku ni memang spesis yang tak saba dan nak kan effect yang cepat. Sebab sangat tak comel bila pipi dia macam tu. Pastu bila orang dukung mesti tanya itu ini. Tak ke semak aku nak menjawab walaupun kurap susu dia tak kritikal. Tapi inilah pengalaman. 


:')

Lepas tu aku pegi farmasi kat rumah mak mentua aku. Saja beli. Nak try and error. Mana tau boleh cepat hilang kan. Lepas beli tu terus aku sapu. Esok dah hilang. Memang best gila! Tak sampai 10 hengget pun. Kalau ada masalah macam aku yang sapu macam-macam tapi tetap tak hilang, boleh la cuba krim ni. InsyaAllah :)

Cara yang lain : pastikan lepas menyusu, lap pipi, mulut dengan leher baby dengan kain lembab. Tak kisah lah breastfeed atau botol. Kenapa kena lap? Sebab, kadang-kadang kita terlepas pandang susu ,menitik, tumpah, bersepah-sepah kat muka dia.

Kulit baby sangat sensitif sebab kulit dia cuma ada satu lapisan. Dengan cara lap ni jugak, mungkin dapat elakkan kurap susu ni merebak. Tak payah susah-susah nak pegi cari krim.

*Lepas kurap susu, masalah semut plak yang gigit dia.Pftttftftt*


Gambar ehsan dari Google.

6 comments:

Anonymous said...

Timekasih dah share.. sy tengah cuba ni.. atas izin allah baru se jam merah ruam tu dah hilang.. tggal lagi yg kasar kt muka tu.. xsaba nk tggu esok.. hope sume sprti semula ..

applemintlady said...

Yeke..alhamdulillah..

PeYra said...

salam..baby sy pn kne kurap susu..sdey sgt tgk die garu2 ngn sarung tgn die tu..tp sy x brani nk buh krim cmni..bahaya x..mana taw x sesuai jd lg truk plak..kan ade bahan kimia..sapu waktu mlm time die tdo ek?

applemintlady said...

Wslm..stakat ni sy promote kat kawan n adik ipar smua ckp ok..anak sy skrg dh staun..alhamdulillah xde pape..lgpun pkai sekali dua je..tp kl xyakin,lap je pkai kain lembab

Anonymous said...

Assalamualaikum...mane satu krim yg bebetol kesan sehari tu? Gambar pertama atau kedua kotak kaler ijau putih tu..sedih tgkkan pipi si comel gini :(

applemintlady said...

Wslm..warna hijau..sapu nipis2 je..insyallah hilang..