Tuesday, March 26, 2013

My 4 Month's Rayyan Zariff

Assalamualaikum..

Tetiba tajuk Rayyan Zariff dah 4 bulan. 0 bulan mana? Mak incek tak kuasa nak update time tu. Maka, skip saja ke 4 bulan. Sebab sabtu lepas dia sudah masuk 4 bulan. Sabtu lepas jugak kami berjimba ke Ikea dengan adik dan kakak ipar aku. Boleh klik sini untuk aktiviti jimba itu.

Sekarang Rayyan Zariff suda bole meniarap. Dia dah pandai meniarap sejak umur 3 bulan lagi. Tapi sekarang pantang di baringkan, dengan pantas dia pusing nak meniarap. Belah kiri je pandai. Belah kanan tak pandai. Pastu penat menjerit. Owh! Suara dia jugak dah makin kuat. Bunyi pun dah macam-macam yang kedengaran.

Yang lain pulak dah pandai gelak. Tapi payah sangat nak buat gelak. Senyum ngan nganga je. Agak payah nak ke tahap gelak mengekek. Dan tak semua orang boleh buat dia gelak mengekek. Pfttt.

Ok itu saja tentang perkembangan soka hati aku pasal budak bambams ini. Babai.


My happy 4 month's baby :')

No comments: