Thursday, March 21, 2013

Pengalaman Bersalin

Assalamualaikum bagi yang sudi membaca pengalaman aku bersalin.

Cuma nak buat catatan,coretan dan kenangan macam mana aku bersalin anak pertama. Walau pun anak dah nak masuk 4 bulan aku peduli hape kan.Mood nak menaip pulak tiba-tiba datang.Kah..kah..kah..

22.11.2012
6.30 pagi
Rasa sakit perut macam senggugut tahap manja-manja lagi. Dan tak expect pun tu contraction sebab first time mengandung kot.Mengadu dengan laki sakit perut.Dia tanya, boleh tahan tak?Opkos la muleh sebab aku memang dah biasa senggugut.Cewahh.Maka, siap-siap pergi kerja seperti biasa pada hari itu.

9.00 pagi
Dah sampai office, duduk dalam 20 minit, rasa macam sakit tu berselang 30 minit sekali, 20 minit sekali. Colleague aku pulak dok 'are you okay?' doplohpat kali. Budak yang ganti aku masa aku berpantang nanti dah take over tempat aku masa ni. Aku cuma get ready saja.

10.30 pagi
Sambil tu aku catit masa bila sakit tu datang. Demm..dalam hati kuat berkata, aku nak bersalin dah ni. Tp bagus jugak bersalin time ni sebab aku tak nak kena induce. Sebab dah overdue kan. Patut bersalin 18.11.2012. Elok accountant aku lalu, dengan rileks aku pun tanya, "Chris,i sakit 20 minit sekali la. Nak beranak eyh?". Pastu dia jawab "You go back now! Call your husband to pick you up bla..bla..bla..". aku pulak, "Ala, rileks la Chris, i banyak keje la nak siapkan bla..bla..bla..". Boleh camtu? Kah..kah..kah. Dalam 10 minit baru aku pegi sebab nak bacakan wasiat terakhir untuk depa setiadanya aku di office.

11.00 pagi
Aku drive balik tapi tak call lagi bagitau laki aku lagi. Masa tengah drive kat Federal Highway tu, tetiba plak rasa nak makan KFC la nasik campur la. Padahal sakit dah makin kuat ni. Tapi aku pedulikkan sebab nanti pantang apa pun tak boleh. 

Dengan hati yang cekal, lantak lah nak terberanak kat KFC ke hape, aku pegi KFC yang dekat ngan rumah aku tu, order Snack Plate ngan air Ice Lemon Tea (nasi campur ilek time tu). Makan la aku sensorang kat KFC. Sakit tetap sakit tapi tahap yang masih boleh bertahan.

12.00 tengah hari
Then, dah sampai umah baru aku call laki aku bagitau aku dah kat umah, sakit, bla..bla..bla.. sume. Sambil tunggu dia balik tu aku mengemas,basuh baju,sidai baju. Rasa macam hari-hari terakhir pulak masa tu.

1.00 tengah hari
Laki aku pun sampai rumah. Tak jugak pegi hospital. Lepak-lepak, baring-baring, borak-borak. Sakit tengah-tengah dah masa ni.Tapi selang-selang. Tak ingat berapa minit selang.Malas nak duduk lama-lama kat hospital. Sebab sebelum ni aku pernah kena admit masa mengandung 8 bulan sebab demam. 

*Demam masa mengandung kena pergi klinik or hospital cepat-cepat sebab kalau suhu kita 39 darjah, baby akan tambah 1 darjah. Kira tak elok la untuk baby. Sebab boleh kena sawan nurse kat PPUM cakap. 

Oh! aku bersalin kat PPUM. Aku bukan anak orang 'loaded'.

4.30 petang
Baru gerak pegi hospital. Sakit makin kuat. Tapi masih boleh bertahan. Tangan laki jadi mangsa untuk tahan sakit. Genggam je. Tak gigit pun.


Gambar sewaktu di medan perang.koh..koh..koh..


*Penat pulak menaip panjang-panjang.Nanti-nanti la sambung.Babai


3 comments:

daela said...

ciss del betullah..tengah syok2 baca tergantung pulak...

daela said...

ciss dell betulah..tgh syok2 baca..tergantung pulak

daela said...

ciss dell...syok2 baca tergantong pulak...