Friday, April 26, 2013

Compare It Yourself!

Assalamualaikum semuaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.. *menyawan*

Ok. Hari ni nak share benda yang agak interesting. Terutamanya pada yang suka compare harga kat pasar raya tu. Ni ada satu apps yang tah memana aku jumpa. Nama apps nye Compare It Yourself. So dah boleh tangkap website ini untuk apa. Sangat bagus ok! Website nya http://www.compareityourself.net/index.php

Tak susah pun nak guna apps ni. Budak darjah satu pun aku rasa reti guna. 








Ni webpage nya, Tak cantik, tapi berguna. Ok.Memula korang klik la mana suka. Aku klik hok deodorant. Nampak tak kat bawah tu?








Maka, keluar la banyak jenis deodorant. Korang pilih la mana yang korang pakai.
Click kat compare now tu.




Kemudian akan keluar macam ni. Best bukan??


Tapi perlu di ingatkan bahawa, tak semua barang ada untuk main compare-compare ye. Mungkin masih lagi dalam construction progress. Tapi seronok lah main compare-compare ni. Yang merapu-rapu gi compare nya. Padahal, haram tak beli. Cuma nak tengok mana yang murah. Gatal!

Dan aku harap sangat untuk mak-mak orang macam aku ni boleh compare harga pampers atau susu. Kan best! Selamat meng"compare"!



Thursday, April 25, 2013

Sila Cuba KFC Krushers Chipsmore

Assalamualaikum semua..


                 

Macam aku mentioned dekat tajuk sanun, sila la cuba Krusher kepsi ni. Di jamin sedap, ketagih bagai. 
Al kisah nya, memang dah lama aku nak mencuba krushers ni. Sedap tahap mana kan? Sebab setiap kali aku p kepsi, dia macam memanggil-manggil aku. Cubalah. Cubalah. Gituu.

Dan pada suatu hari tu, aku pun pegi la kepsi atas umah nak makan burger. Burger je niat nya. Tapi teringat pasal Krushers ni. Takdo pulak! Rupa-rupanya, cuma ada kat kepsi yang terpilih saje. Pfttt.

At last, dapat gak beli. Tu pun sebab mak aku belanja. Kena pick up dia kat kepsi Shah Alam yang bersebelahan dengan Burger King. Alahhh.. Kat area stadium ngan Giant tu.

Aku pilih untuk rasa Chipsmore. Memang tak salah pilihan aku. Terbaik ko. Sampai ke hari ni, Krushers Chipsmore je akan aku beli. Lain? Xmo dah cuba sebab hok Chipsmore ni memang rasa betul la Chipsmore dia. Sampai tahap aku kena beli sampai dua sebab sedap yang teramat. Pastu 3 hari berturut-turut aku ketagih Chipsmore. Nampak tak penangan dia?



Maka, korang semua, mak jemah *tetiba* harap korang cuba lah Krushers ni. Murah je. Lam 4 hengget tak silap. Kalah ice blended stabak sume. Selamat mencuba!

Tuesday, April 23, 2013

My Gwiyomi Turns 5

Assalamualaikum and hello!


My happy 5 months baby. Cheeky as always!

Hari ni, 23/04/2013 genaplah umur budak ini 5 months ye..bukan 5 years.. Ni gambar last week. Gambar sehari sebelum pegi picnik kat Kemensah. Nanti cite pasal Kemensah ok. Today untuk entry gwiyomi saya. Ko dah kenapa asik gwiyomi??



Homey tak Kak Ton gwiyomi saya??


Happy 5 months old sayang. Mummy love you so much. Mummy will always pray for you to be a good boy for mummy,daddy,maktok, nenek and so on.Amin..


Friday, April 19, 2013

Jom Beli Tudung Murah!


Assalamualaikum!

Hai! Malas dah nak update blog. Bersemangat update blog seminggu je. Pastu.. haram! Kan. 
Sebab apa? Sebab sibuk sangat sibuk ke modified, create blog baru untuk berniaga secara kecil-kecilan. Boleh lah cuci mata. Mana tau ada yang berkenan kenn. Murah-murah, baru-baru & stok terkini. Cewahhh.

Ada jugak update kat fb n ig. Sila follow ye. Paksa ni! Hahahahha



Ok. Itu je nak bagi tau. Harap sudi follow =)


Friday, April 12, 2013

Sudah 10,000!






Hew hew hew.. Tetiba bukak blog tengok nombor lawa. Blog berkurun tak update kan. Padahal dah bertahun umur blog. Baru dapat 10,000. kah3..

Wednesday, April 10, 2013

Tuesday, April 9, 2013

Teknik Pernafasan Ketika Bersalin

Hello and assalamualaikum.

Blog aku dah bertukar jadi blog mak- mak orang. Tak kisah la kan. Yang penting sharing is caring.

Ok. Selamat membaca mommies semua.


Masa kita rasa start nak sakit
Time ni kita tarik nafas dalam-dalam ikut hidung. Then keluarkan nafas ikut mulut.

Bila dah rasa kontraksi makin kerap dan semakin sakit 
Time tu cuba tarik nafas pendek dan cepat pastu lepas. Pendek-pendek je. Tarik nafas pendek ikut mulut, lepas pun ikut mulut.

Bila rasa macam nak meneran tapi belum sampai masa lagi 
Tarik nafas 2 kali terus ikut hidung. Lepas tu keluarkan ikut mulut. Tarik nafas dan hembuskan pendek-pendek. Ala-ala 'sniff','sniff', fuhhh'. Bila takde rasa nak meneran, hembuskan nafas yang lembut dan macam biasa.

Bila tiba masa meneran
Tarik nafas dalam-dalam melalui mulutm sebab oksigen masuk lagi banyak ikut mulut berbanding hidung. Then baru push ikut sambil lepas nafas perlahan-lahan dengan satu nafas supaya baby tak tersekat dan betul-betul keluar. Teran tanpa menggunakan suara dan sekiramya kehabisan nafas semasa meneran, jangan lepaskan kesemua nafas, terus tarik semula nafas. Ini bagi mengelakkan bayi masuk ke dalam semula. time meneran tu, dua-dua tangan pegang buku lali. Then masa meneran tu, kita tengok perut kita masa anak angkat kepala dan dagu cecah ke dada. Ini untuk elakkan dari mengangkat punggung.

Dan lagi satu macam mana, posisi suami (kalau suami ada masa proses kelahiran) dalam membantu isteri. Sebelah tangan pegang bahu isteri untuk di jadikan sebagai tempat menyandar (isteri boleh bersandardi lengan suami supaya terasa lebih selesa). Dan sebelah tangan lagi, tekan lutut isteri untuk mengelakkan isteri mengangkat punggung semasa meneran. (mengelakkan dari terkoyak)




Ini sekadar panduan untuk kawan-kawan yang bakal bergelar mommy untuk mencuba dan usaha agar diri kita tenang. Keadaan sebenarnya..hanya Allah SWT yang tahu. Semua orang ada pengalaman yang berbeza. Begitu juga dengan aku. Walaupun kita dah cuba hafal untuk ingat dan berlatih, mungkin kita akan lupa jugak bila sakit itu datang. Heheheheh. Semoga di permudahkan proses bersalin untuk semua ibu-ibu di luar sana. Sekian, As salam. :)

Friday, April 5, 2013

Colour Blocking

Hello dan Assalamualaikum..

Hari ni kita belajar macam mana nak main dengan colour blocking ni. Aku pun sama-sama belajar dengan cari pakai google nak match kan colour. Tersilap match nanti jadi macam badut pulak kan. Dah tak jadi colour block.



Ok. korang boleh refer gambar ni untuk match kan colour blocking korang. See. Senang kan. Tengok saja arah bucu 3 segi tu. Itulah colour yang sesuai untuk di buat colour blocking. Contoh yang lain, kalau korang nak hijau, colour blocking yang lain purple, dan kuning pekat sikit. Tapi ingat! Cuma 3 colour saja ye kawan-kawan. Kalau lebih, memang sah la dah macam badut kan.





Tengok! Senangkan. 

Lepas ada gambar colour blocking tu, laju-laju aku p Sunway Pyramid beli seluar kaler Mint! Hahaha. Dasar!

Pada yang takut-takut nak cuba, tak reti macam aku dan sebagai nya, harapnya ini boleh di jadikan panduan. Selamat mencuba dan selamat berCOLOUR BLOCKING! 


Kasih Maktok

Assalamualaikum semua..

Ok, ini cerita minggu lepas. Minggu lepas, dari Khamis sampai Ahad, kami tidur rumah nenek.. Dalam hati, kesian maktok rindu kat Rayyan. Mesti maktok sunyi. Walaupun rumah mak mentua ngan rumah aku dekat je, tapi tetap rindu.

Lepas 4 hari, kami pun balik. Tengok dalam bilik ada walker. Wahhh.

Sebelum tu, laki aku dah bagi tau yang maktok belikan walker. Aku jadi tak sabar nak masukkan Rayyan dalam tu. Rayyan still 4 bulan lagi. Tapi dia punya aktif memang semacam. Mengalahkan budak 6,7 bulan.

Aku punya la tak sabar, trus pasang walker tu tanpa tayar. Pening baca manual cara nak pasang tayar. Padahal!!! Tunggu bapak dia balik suruh pasangkan.

Aku terus masukkan Rayyan dalam tu. Punyalah kuat budak ni pegi tolak pakai kaki ke belakang dengan walker tak bertayar tu. Plus terjerit-jerit keseronokan naik menatang tu. Tapi tak sempat ambik gamba. Seronok sangat tengok dia main. Gile kentang lah 4 bulan suda boleh naik walker!

Sebenarnya, aku risau jugak takut tersembam ke apa. Tapi, sebelum ni, atuk belah laki aku ada cakap dah boleh beli. Tapi kami tak konfiden lagi.

Kesian maktok naik LRT bawak walker ni dari Sogo. Sobs.. :'(


Masa 1st time naik walker tak bertayar.


Watching Oh! My English..kengkonon



So next, misi mencari walker untuk rumah nenek pulak.

Memang setiap kali aku dah lama tak balik umah mak aku, mesti ada benda yang mak akan belikan untuk cucu dia. Cucu sulung la katakan. Adik beradik cuma dua orang je. Aku ngan adik aku je.

Aku tak peduli dan tak kisah pun dengan apa saje jenis  permainan yang mak aku belikan. Design dia tak cantik ke, tak ngam dengan taste aku ke, murah ke dengan apa yang mak aku beli, yang penting dia suka dan aku rasa happy sangat bila Rayyan nak main apa saja yang maktok belikan untuk dia. Terima kasih mak. :')

Bagus sangat bila ada walker ni. Senang aku nak siap pepagi gi keje, buat keje umah bagai. Play gym tu semua dah tak laku. Sebab asal letak je, dia pusing. Sekian. As salam.


Thursday, April 4, 2013

Sambungan Pengalaman Bersalin

Assalamualaikum semua.

Hover sangat buat entry part by part. kan. Dulik! Hahaha. Ater dah panjang sangat kann..Ok. Mari kita sambung. Yang sebelum punya kat sini.

22.11.2012
5:30 petang

Dah sampai PPUM. Masa nak register bagai, bilik penuh pulak. Tapi tak yah risau sebab dah buat booking. :) Maka nya, tukar baju jap, pastu tunggu tercongok depan registration sampai ada bilik yang kosong. Ada la dalam 2,3 orang tengah register gak nak beranak tapi tak book, tak buat check up kat sini. Kira walk-in la. Itu bahaya. So ini sedikit pengetahuan bagi sesiapa nak bersalin kat PPUM. Mesti buat check up kat sini sekurang-kurangnya masa kandungan anda 6 bulan.

6:30 petang
Ok. Pas setengah jam macam tu, aku masuk la bilik biasa dulu. Ingat dah tak jumpa laki dah pastu. Maka, aku mintak ampun maaf, peluk cium laki dulu sebelum masuk bilik tu.

Pastu masuk bilik,baring,pasang benda yang cek heartbeat baby tu. Pastu procudure nak bersalin macam biasalah. Ambik darah, cek heartbeat baby tengok cantik ke tak, cek bukaan, interview itu ini. Mencik bila doktor/nurse asik tanya macam-macam padahal semuanya ada dalam fail. Apa guna menda tu kalau dari A sampai Z ko tanya kan??

Masa cek heartbeat baby, kena stay satu tempat je. Mengiring belah kiri je boleh masa tu sebab jantung dia kat situ. Dah la menahan sakit contraction. Mesti la nak ubah-ubah tempat bagi selesa. Tapi ni tak boleh, sebab kalau heart beat hilang (tak boleh detect), masa print pun tak akan keluar graph itu. Bila graph kosong, stay la ko lat situ sampai doktor puas hati dengan graph itu.

Pastu cek bukaan. Mula la aku cuak kan sebab terlalu banyak sangat baca pengalaman bersalin orang lain. Padan muka! Yang cek bukaan, Doktor perempuan cina kecik comey je. Pastu aku tanya sakit tak? Pastu dia jawab, jangan risau. Jari saya kecil saje. Ok. Lega la sikit dengan jawapam dia. Pastu dia pun buat la kerja dia. Tak la sakit sangat cek bukaan. Janji jangan tahan. Biarkan je. Pastu dia cakap kat colleague dia "2 cm. No no. Make it 3" Tercengang hoi dah bukak 3 cm. tak sia-sia lepak umah dulu.Kah..kah..kah.. Pastu aku di tolak ke tingkat 6 kalau tak silap. Normal ward kot. Stay ward situ sampai 6 cm.

7:30 malam
Time ni dah start menggigil sakit. Nak cakap apa pun suh tunggu jap bagi dia hilang. Pastu aku asik panggil doktor suruh cek bukaan je. Memula 4 cm. Ok. Tahan lagi. Pastu laki aku ngan mak aku sampai. Eh! Ingat tak leh naik. Maka laki aku jadi mangsa kene picit lengan. Mintak pain killer doktor pulak tak kasik sebab bukaan sangat cepat. Biar dulu sampai 6 cm. Sebab baru pukul berapa kan masa tu.

Orang lain aku tengok berlegar-legar kat lua. Rilek je jalan. Tak sakit ke? Ke sebab aku banyak dosa? Hahaha.

Tak lama lepas tu, waktu melawat pun habis. Itu last aku jumpa mak ngan laki aku. Dan tak ada sapa pun yang datang melawat time tu sebab weekdays kan. Sobs. ;'(

9:00 malam
Sakit gila- gila dah time ni. Dah tak tahan sangat-sangat dah. Datang je nurse terus aku mintak pain killer. Tapi dia cakap nanti dia panggil doktor. Nurse lain datang jenguk. Nurse melayu. Cek graph heartbeat. Pastu dia tanya, "Cepatnya awk sakit. Awak ada minum ke atau sapu ke air selusuh?" aku jawab tak. Padahal... memang aku sapu sikit kat perut masa kat rumah tadi. Kih..kih..kih.. Tapi minum tak berani oo. Sapu pun dah sakit macam orang gila.

9:30 malam
Pastu doktor ngan nurse datang nak cek bukaan. Nurse india ni baik sangat. Calm je. Pastu dia cakap kalau dah 6 cm, boleh tolak pergi labour room.

Doktor datang cek bukaan. Aku cakap mesti baru 4 cm. Nurse tu pun cakap, " Wahh..you lagi terror daripada doktor ye." Cek punya cek dah 6 cm!! Yeay!! Turun bawah naik wheel chair, di sorong nurse yang best itu, dengan hati yang gumbira. Masa nak sampai kat labour room tu, doktor yang memula cek bukaan tu pelik. Eh! Dah 6 cm ke? Aku pun dengan tersenyum lebarnya jawab, haah!

10:00 malam
Labour room sorang satu rupanya. Tapi bilik tu kecik sangat. Nak muat-muat katil aku rasa. Baring atas katil. Tengok sekeliling macam orang batak. Rasa macam nak jadi jenazah pun ada jugak masa tu. Takut sangat. Husband mana boleh teman kalau bangunan baru ni. Alasan yang dia bagi tak cukup staff. Takut husband pengsan. Apakah?? Padahal bilik kecik tu, penuh je dengan budak praktikal. Maka, sakit la ko sorang-sorang dalam tu.

Ada jam kat depan. Lebih kurang dalam 10 lebih.

Assistant doktor (aku rasa). Melayu. Dengan nada kerek explain pasal gas etonox. "Gas ni awak boleh sedut kalau sakit. Dia tak kurangkan sakit ye. Dia mamaikan awak je".

Mula-mula aku tak reti. Tapi bila sakit, tiba-tiba reti. Hahahah. Orang sebelah punya gas pun boleh dengar sebab macam ada loceng kat gas tu. Dah macam berlumba-lumba sapa sedut gas paling kuat. Padahal nak menahan sakit yang makin kuat ni.

10:30 malam
Aku dah dalam keadaan 50/50 plus sakit ya hamat macam ada benda nak terkeluar. (Masa ni baru la terasa pengorbanan mak aku bersalin kan aku. Sobs.) Ada sorang budak praktikal kat sebelah. Tengah cek apa tah kat sistem. Aku cakap kat dia aku dah sakit sangat. Rasa macam ada benda nak terkeluar ngan rasa nak meneran. Dia selak tengok, pastu dia panggil assistant doktor yang kerek tu. Dia cakap belum lagi ni. Tunggu dulu. Jangan teran. Belum 10 cm. Pastu dia blah. Aku dah sakit sangat-sangat time ni sampai tendang-tendang hujung katil. Apa aku boleh buat cuma praktik kan teknik pernafasan msa contraction datang.

Ntah dah pukul berapa, assistant doktor tu tetiba datang tanya nak pain killer tak? Sebab dia tengok kat graph, aku punya contraction dah kuat sangat kot. Gile la kalau tak nak kalau ko dah rasa nyawa ko dah nak putus. Terus cucuk kat bontot. Langsung tak berkesan. Tetap sakit.

12:00 malam
Masih mamai. Tiba-tiba, doktor jerit kat sisi kanan, tepi katil. "Teran lagi! Teran je kalau nak teran! Lagi teran!". Dalam 10 minit aku teran tak jugak rasa dia nak keluar. Dah la mamai. Aku cuba lagi teran. Aku teran sungguh-sungguh. Tak menjerit pun.

*Baru perasan aku citer detail giler. Ah! Duliks!*

Pastu doktor tu menjerit kat aku, "Teran la lagi!! Graph dah tak cantik ni!!". Tah hape tah lagi dia memekik. Terkejut aku. Dah la first time aku bersalin. Mana la aku tau. Aku dah cuba sedaya upaya meneran betul-betul. Dah la sakit. Takde ubat apa bagai. Aku geram aku jerit balik. "Tak payah la nak marah-marah!!" Kan..Malu aku ok depan budak praktikal. Ramai pulak tu. *Sokongan, semangat dari suami di sisi sangat penting time kritikal macam ni*

Bukannya nak tunjut ajar ke, bagi panduan sebelum nak teran ke hape. Ni tiba-tiba datang, tak gerak aku hape semua, suruh teran. (Walaupun masa tu memang tengah sakit nak teran tapi dalam keadaan separuh sedar pasal gas tu)

Apa salah aku? Cuba la bagi semangat sikit bagi orang yang pertama kali ni. Kalau dah sepuluh kali beranak memang patut la ko maki. Buat orang fobia je nak beranak sini. Tak mau lagi dah beranak sini. Nak teran pun takde mood dah. Boleh? Hahahah..

*Emo tetiba bila teringat balik. Tapi ada yang bernasib baik dapat doktor yang baik. Mungkin nasib aku tak berapa baik. Melayu sama melayu pun layan macam tu. Ape la. :( *

12:20 pagi
Pastu tu aku dah tak tau apa jadi pada aku. Tiba-tiba Rayyan menangis kat tepi tengah kena dukung ngan nurse untuk di bersihkan. Kuat jugak penangan gas etonox ni. Sampai aku tak sedar bila dia keluar. Yela, kalau tak sedut, sakit. Bila sedut, mamai sangat pulak. Doktor tu pun takde pulak hulur baby kat aku ke apa. Tak mau baby kene infection mungkin.

Masa tu doktor membebel apa tah. Sebab aku mamai lagi. Pasal aku marah dia balik la tu. Malu kot depan budak praktikal. Aku lantakkan aje. Kalau ko beradab ngan aku, sepuluh kali aku beradab dengan ko. Tak rugi pun kan.

12:40 pagi
Tetiba rasa sesuatu kat tut. Adoi!! Kena jait pulak. Sebelum jait, dia (doktor lain) bius 3 kali. Pastu baru jait. Tapi masih boleh rasa masa dia tarik benang. Perghh.. Ngilu kot. Pastu sakit gile masa dia nak korek dan buang darah beku. Sampai tahap aku cakap cukup la. Tak yah dah buat. Tapi dia cakap tak boleh. Kene jugak bersihkan sebelum tolak naik atas. Dia suggest pakai gas untuk kurangkan sakit. Ok fine. Tapi setengah jam la jugak nak siapkan. Pfftt..

1:00 pagi
Pastu sorong keluar lepas siap semuanya. Berenti jap kat depan kaunter labour. Sebelah aku ada sorang baru lepas bersalin. Kami cuma berbalas senyuman saja sebab masing-masing penat.

1:10 pagi
Sampai kat wad biasa. Satu bilik empat orang. Dengar baby nangis. Memula katil sebelah. Lepas tu depan pulak. *PPUM kene jaga baby sendiri* Aku pulak tido hilangkan penat.

1:30 pagi
Nurse datang bawak baby. Huarghhh. Penat tak hilang lagi. Baby pulak mesti di susukan lepas sejam di lahirkan. Sian dia nanti lapar. Pastu aku tanya nurse pasal susu still tak ada lagi. Dia cakap bagi dia hisap dulu untuk stimulate susu. Oo. Baru la aku tau. Pastu nurse tu pun tunjuk la macam mana nak susukan.

Kelaka sangat dia menyusu. Dah la bukak mata sebelah je. Lagi sebelah aku tolong bukak kan. Masa menyusu tu, dia sampai tergeleng-geleng kepala cari puting. Nak tergelak aku.

Pastu nurse tanya aku, "awak dah kencing? Kalau belum, nanti kencing ye." Apaaa??? Dah la baru lepas kena jait. Pastu kena pi kencing pulak! Gila tak boleh bayang!

Aku pun cakap nanti aku pegi. Sampai la nurse tu datang lagi sekali tanya dah kencing ke belum. Aku pun terus cakap nak pegi kencing sekarang. Boleh dia tengok-tengok kan kalau apa-apa jadi kan. Jalan la pelan-pelan ke tandas. Aikk! Dia pun masuk sekali?? Ok la. Masa nak duduk pun gila seksa. Pastu kencing pelan-pelan dengan rasa ngilu. Bangun je tengok mangkuk jamban, gila penuh darah. Rasa nak pitam. Anak pulak dah nangis. Pfftt..

Motif dia suruh kencing mungkin nak pastikan yang aku boleh kencing normal lepas kene jait tu. Mana la tau terjait lebih ke hape kan. Nanti apa-apa jadi, pihak hospital jugak di persalahkan. Ni teori aku la.

4:00 pagi
Laki aku datang ngan mak. Soka betul dia nengok anak. Tapi masih tak berani pegang lagi. Tengok gitu je. Mak yang pegang. Dapat jenguk kejap je. Pastu turun dah. Sebab pihak hospital nak inform yang aku dah selamat melahirkan je. Syukur Alhamdulillah.

8:00 pagi
Nurse datang nak cucuk BCG kat baby. Tiannya dia. Tapi dia nangis kejap je. Kuat anak mummy ni. Pastu menyusu, tido balik.

10:00 pagi
Kakak ipar aku ngan mak mentua aku datang. Sanggup kakak ipar aku mc nak menyambut anak buah punya pasal. Terharu mak! Tenchiu anyah. Pastu depa pun balik. Sebab waktu melawat dah habis.

11:00 pagi
Doktor buat round untuk cek mommies. Tanya demam ke tak la, cek jahitan la. Lagi sekali dia korek. Pfftt.. Sakit! Nasib baik sekejap je. Pastu dia cakap, kalau tak ada apa-apa masalah, tengah hari boleh discharge. Yahuuuu!!

12:00 tengahari
Doktor cek baby pulak datang. Tekan kaki la, cek kuning apa bagai pastu tunggu baby dah kencing berak dulu baru boleh balik. Berak dah banyak kali. Tapi kencing belum. Tapi aku rasa aku tak perasan sebab berak bercampur dengan kencing kot kan.

3:00 petang
Orang sume-sume dah balik sebab baby depa sudah kencing berak. Aku belum lagi sebab tak konfiden dia dah kencing ke belum. Kalau nak tipu cakap dah kencing boleh je kan. Tapi aku tak nak mengadap risiko. Tunggu sampai betul-betul aku konfiden dia kencing.

6:00 petang
Masa nak pakai kan pampers, tiba-tiba dia memancut kat mak aku. Yeayy!! Dah boleh balik. Lemau dah duk hospital lama-lama. Walaupun baru satu hari.

7:00 malam
Dah setel bil apa semua, baru boleh balik. Baby pulak asyik nak menyangkut je masa on the way balik. Lagi-lagi baby boy. Kuat sangat menyusu. *Untuk pengetahuan, perut baby cuma sebesar guli. Maka, penghadaman berlaku dengan cepat. Sebab tu baby asik nak susu pastu asik kencing je. Tukar pampers pun boleh sampai 6 kali sehari*

Dan aku pulak, tak sabar nak menjalani cuti panjang dengan orang baru ;')




P/s : Banyak dugaan dan ilmu aku peroleh masa berpantang. Dan terima kasih yang tak terhingga kepada mak mertua aku kerana sudi menjaga makan minum aku masa pantang. I love you mak!


Huh! Habis dah hutang. 2 hari nak menyiapkan sambungan. Harapnya ada la yang sudi membaca. Pada yang sudi membaca post yang sebelum ni dan yang akhir ni, terima kasih kerana membaca pengalaman bersalin aku ni dengan sabar. Yang elok, jadikan panduan. Yang mana kurang, jadikan sempadan. Sekian. As salam. ;)



Rayyan Zariff, 23 November 2012, 12:20am, 3.4kg


My precious..


Day 1


Wednesday, April 3, 2013

Monday, April 1, 2013

Pukung

Assalamualaikum semua..

Pukung??Pukung tu apa? Pukung tu penyelesai bagi masalah anak melalak tak benti-benti, nak tido tapi tak reti nak tido style banjar.

Masa memula aku tengok mak mentua aku buat tu terkejut beruk gak. Tapi sangat berkesan. Dan tak semua orang boleh buat pukung ni. Bahaya kalau tak kena dengan caranya.

Waa.. Ha..ha..ha..

Kesian je tengok bila kena pukung. Mak aku tengok pun terkejut. Dah payah sangat kan nak tido. Ni lah ikhtiar terakhir. Lama sangat tido kalau berpukung. Ala-ala macam dalam perut la. Dalam perut kan rasa maam kena peluk sebab sempit. Rindu la tu nak duduk dalam perut. Kakakkakak

Sekarang dah jarang sangat berpukong. Dah kurang sikit lalaknya. Bila keadaan mendesak saja.


Ini lah budak yang selalu kena pukung.


Ini pukung style comel. Nak baby girl pulak lah. Eh!



p/s : Ada video kat YouTube tapi tak boleh nak upload pulak. Search je pukung.