Friday, April 5, 2013

Kasih Maktok

Assalamualaikum semua..

Ok, ini cerita minggu lepas. Minggu lepas, dari Khamis sampai Ahad, kami tidur rumah nenek.. Dalam hati, kesian maktok rindu kat Rayyan. Mesti maktok sunyi. Walaupun rumah mak mentua ngan rumah aku dekat je, tapi tetap rindu.

Lepas 4 hari, kami pun balik. Tengok dalam bilik ada walker. Wahhh.

Sebelum tu, laki aku dah bagi tau yang maktok belikan walker. Aku jadi tak sabar nak masukkan Rayyan dalam tu. Rayyan still 4 bulan lagi. Tapi dia punya aktif memang semacam. Mengalahkan budak 6,7 bulan.

Aku punya la tak sabar, trus pasang walker tu tanpa tayar. Pening baca manual cara nak pasang tayar. Padahal!!! Tunggu bapak dia balik suruh pasangkan.

Aku terus masukkan Rayyan dalam tu. Punyalah kuat budak ni pegi tolak pakai kaki ke belakang dengan walker tak bertayar tu. Plus terjerit-jerit keseronokan naik menatang tu. Tapi tak sempat ambik gamba. Seronok sangat tengok dia main. Gile kentang lah 4 bulan suda boleh naik walker!

Sebenarnya, aku risau jugak takut tersembam ke apa. Tapi, sebelum ni, atuk belah laki aku ada cakap dah boleh beli. Tapi kami tak konfiden lagi.

Kesian maktok naik LRT bawak walker ni dari Sogo. Sobs.. :'(


Masa 1st time naik walker tak bertayar.


Watching Oh! My English..kengkonon



So next, misi mencari walker untuk rumah nenek pulak.

Memang setiap kali aku dah lama tak balik umah mak aku, mesti ada benda yang mak akan belikan untuk cucu dia. Cucu sulung la katakan. Adik beradik cuma dua orang je. Aku ngan adik aku je.

Aku tak peduli dan tak kisah pun dengan apa saje jenis  permainan yang mak aku belikan. Design dia tak cantik ke, tak ngam dengan taste aku ke, murah ke dengan apa yang mak aku beli, yang penting dia suka dan aku rasa happy sangat bila Rayyan nak main apa saja yang maktok belikan untuk dia. Terima kasih mak. :')

Bagus sangat bila ada walker ni. Senang aku nak siap pepagi gi keje, buat keje umah bagai. Play gym tu semua dah tak laku. Sebab asal letak je, dia pusing. Sekian. As salam.


No comments: