Monday, April 1, 2013

Pukung

Assalamualaikum semua..

Pukung??Pukung tu apa? Pukung tu penyelesai bagi masalah anak melalak tak benti-benti, nak tido tapi tak reti nak tido style banjar.

Masa memula aku tengok mak mentua aku buat tu terkejut beruk gak. Tapi sangat berkesan. Dan tak semua orang boleh buat pukung ni. Bahaya kalau tak kena dengan caranya.

Waa.. Ha..ha..ha..

Kesian je tengok bila kena pukung. Mak aku tengok pun terkejut. Dah payah sangat kan nak tido. Ni lah ikhtiar terakhir. Lama sangat tido kalau berpukung. Ala-ala macam dalam perut la. Dalam perut kan rasa maam kena peluk sebab sempit. Rindu la tu nak duduk dalam perut. Kakakkakak

Sekarang dah jarang sangat berpukong. Dah kurang sikit lalaknya. Bila keadaan mendesak saja.


Ini lah budak yang selalu kena pukung.


Ini pukung style comel. Nak baby girl pulak lah. Eh!



p/s : Ada video kat YouTube tapi tak boleh nak upload pulak. Search je pukung.

1 comment:

Noridah said...

anak orang banjar boleh rasa pengalaman ni. selalu tengok arwah emak buat kat adik, memang tidur lena