Tuesday, April 9, 2013

Teknik Pernafasan Ketika Bersalin

Hello and assalamualaikum.

Blog aku dah bertukar jadi blog mak- mak orang. Tak kisah la kan. Yang penting sharing is caring.

Ok. Selamat membaca mommies semua.


Masa kita rasa start nak sakit
Time ni kita tarik nafas dalam-dalam ikut hidung. Then keluarkan nafas ikut mulut.

Bila dah rasa kontraksi makin kerap dan semakin sakit 
Time tu cuba tarik nafas pendek dan cepat pastu lepas. Pendek-pendek je. Tarik nafas pendek ikut mulut, lepas pun ikut mulut.

Bila rasa macam nak meneran tapi belum sampai masa lagi 
Tarik nafas 2 kali terus ikut hidung. Lepas tu keluarkan ikut mulut. Tarik nafas dan hembuskan pendek-pendek. Ala-ala 'sniff','sniff', fuhhh'. Bila takde rasa nak meneran, hembuskan nafas yang lembut dan macam biasa.

Bila tiba masa meneran
Tarik nafas dalam-dalam melalui mulutm sebab oksigen masuk lagi banyak ikut mulut berbanding hidung. Then baru push ikut sambil lepas nafas perlahan-lahan dengan satu nafas supaya baby tak tersekat dan betul-betul keluar. Teran tanpa menggunakan suara dan sekiramya kehabisan nafas semasa meneran, jangan lepaskan kesemua nafas, terus tarik semula nafas. Ini bagi mengelakkan bayi masuk ke dalam semula. time meneran tu, dua-dua tangan pegang buku lali. Then masa meneran tu, kita tengok perut kita masa anak angkat kepala dan dagu cecah ke dada. Ini untuk elakkan dari mengangkat punggung.

Dan lagi satu macam mana, posisi suami (kalau suami ada masa proses kelahiran) dalam membantu isteri. Sebelah tangan pegang bahu isteri untuk di jadikan sebagai tempat menyandar (isteri boleh bersandardi lengan suami supaya terasa lebih selesa). Dan sebelah tangan lagi, tekan lutut isteri untuk mengelakkan isteri mengangkat punggung semasa meneran. (mengelakkan dari terkoyak)




Ini sekadar panduan untuk kawan-kawan yang bakal bergelar mommy untuk mencuba dan usaha agar diri kita tenang. Keadaan sebenarnya..hanya Allah SWT yang tahu. Semua orang ada pengalaman yang berbeza. Begitu juga dengan aku. Walaupun kita dah cuba hafal untuk ingat dan berlatih, mungkin kita akan lupa jugak bila sakit itu datang. Heheheheh. Semoga di permudahkan proses bersalin untuk semua ibu-ibu di luar sana. Sekian, As salam. :)

No comments: